Pages

Pages

Wednesday, November 24, 2010

Menghimpunkan dua Huruf al-Jarr

Huruf al-Jarr sebenarnya adalah huruf yang tiada makna khusus baginya. Maknanya hanya akan zahir apabila ia digunakan bersama dengan fe'el atau ism. Sebab itu ia tidak boleh digandingkan dengan huruf-huruf al-Jarr yang lain. Kerana tiada makna yang bakal difahami daripada gabungan kedua-dua huruf al-Jarr tersebut. Namun ia mempunyai makna-makna yang sementara baginya.

Tata letaknya apabila digunakan bersama ism adalah sebelum ism tersebut. Adapun dengan fe'el, ia diletakkan selepasnya.

Di sini ingin ditekankan bahawa huruf al-Jarr tidak boleh digunakan seiringan dengan huruf al-Jarr yang lain. Maksudnya pada satu tempat terdapat dua huruf al-Jarr. Contoh yang salah adalah: بلأخلاق, di sini terdapat dua huruf al-Jarr, iaitu بـ dan ل. Maka ia adalah salah. Begitu juga dengan huruf-huruf al-Jarr yang lain: sama ada في dan عن atau إلى, على, كـ.

Jika ditemui pada suatu ayat itu seolah-olahnya terdapat dua hurf al-Jarr. Ia sebenarnya bukan dua huruf al-Jarr. tetapi salah satu daripadanya adalah ism.

Contoh ayat: أشار إلى فيه, ertinya; dia mengisyaratkan ke mulutnya. perkataan فيه disini bukanlah berasal daripada huruf في  dan هـ yang merupakan huruf al-Jarr, akan tetapi ia adalah ism majrur dengan ياء. Ia adalah salah satu bentuk ungkapan bagi perkataan فم yang bererti mulut.

Begitu juga dengan perkataan في من, ia bukan fi min, tetapi fi man. من di sini adalah ism bukannya huruf. Bacaannya adalah dengan baris atas. 

Kesimpulannya di sini adalah: tidak boleh berhimpun dalam satu tempat dua huruf al-Jarr.

1 comment:

  1. Casino City NJ - Mapyro
    View a complete list of casinos in 강릉 출장샵 New 전라북도 출장마사지 Jersey. List 의정부 출장마사지 of casinos and other locales. Play 광명 출장샵 & win real 전라북도 출장샵 money. Earn points when playing at casinos in New Jersey.

    ReplyDelete