Pages

Pages

Thursday, November 11, 2010

Tulis Nama ke Bahasa Arab

Kebanyakan nama-nama orang Islam di Malaysia berasal daripada perkataan Arab. Ada sesetengahnya mempunyai tujuan dan maksud ketika ia diberikan mengikut asal makna perkataan itu di dalam Bahasa Arab. Namun terdapat juga nama yang berbunyi Arab, tetapi tiada di dalam Bahasa Arab asal perkataan itu.

Bagi nama-nama yang mempunyai asal atau maknanya di dalam Bahasa Arab, eloklah nama-nama itu ditulis dalam asal tulisan Arab yang mempunyai makna atau maksudnya ketika menulisnya. Terkadang bunyi sesuatu nama yang mempunyai asal Arab itu sudah berbeza dalam sebutan Bahasa Melayu kerana terdapat perbezaan huruf, namun seeloknya ia tetap diikutkan dengan perkataan asalnya dalam Bahasa Arab walaupun agak berlainan bunyinya .

Masalah kena menulis nama dalam Bahasa Arab biasanya akan dihadapi ketika seseorang itu belajar di kelas-kelas Arab atau Jawi.

Seperkara lagi. Dalam menulis sesuatu nama ke Bahasa Arab, harus diingat bahawa di dalam Bahasa Arab huruf vokal tidak penting. Yang penting adalah baris. Jadi kemungkinan suatu nama itu apabila ditukar ke Bahasa Arab tidak dapat dibaca dengan mudah kerana tiada huruf vokal, tetapi bukan salah tulisan Arab itu, tetapi yang salahnya adalah kita. Kerana kita tidak mahu mendalami bahasa agama sendiri.

Jika asal nama itu daripada ism musytaq (kebanyakan nama daripada perkataan Arab adalah daripada ism musytaq) maka diikuti baris ism musytad tersebut. Contohnya nama Sahirah yang bererti perempuan yang berjaga malam (untuk beribadah), maka nama Arabnya adalah ساهرة, tanpa Ya' sebelum dua huruf yang terakhir. Begitu juga dengan nama Fadhil/Fadzil/Fadhilah/Fazilah yang bererti orang yang mulia. Maka tulisannya adalah - فاضل/فاضلة juga tanpa Ya' sebelum dua huruf yang terakhir..

 
Di sini terdapat beberapa contoh penukaran nama dari tulisan Melayu ke tulisan Arab:

Abu Bakar -أبو بكر nama sahabat Nabi s.a.w.
Khadijah - خديجة  nama isteri Nabi s.a.w.Kasim/Kassim - قاسم  nama anak Nabi s.a.w.
Hasyim/Hashim - هاشم nama moyang Nabi s.a.w.
Bukhari - بخاري  nama ulama hadith (jika ditulis Ya tanpa titik di bawah maka berbunyi Bukhara).
Muslim - مسلم  orang Islam/nama ulama hadith.
Asyikin - عاشقين orang-orang yang asyik (rindu kepada Allah).

3 comments: