Pages

Pages

Wednesday, November 10, 2010

Tulisan Hamzah pada Hamzah Qata'

Sejak akhir-akhir ini penulisan Hamzah Qata' dizahirkan Hamzahnya sama ada di bawah atau di atas Alif mengikut kedudukannya berdasarkan barisnya. Iaitu jika ia berbaris bawah maka Hamzah ditulis bawah Alif. Jika barisnya adalah atas atau depan maka Hamzahnya ditulis di atas Alif.

Contohnya: الإبل untuk unta,الأكل untuk makan. الأستاذ untuk ustaz.
Jadi adalah salah jika ditulis: الابل untuk unta,الاكل untuk makan. الاستاذ untuk ustaz.

Dahulu penulisan Hamzah pada Hamzah Qata' tidak dizahirkan Hamzahnya. Namun kini, jika ia tidak lakukan dalam penulisan Arab ia dikira satu kesalahan.

Bagi komputer yang sudah diprogramkan program Bahasa Arab, kekunci untuk Alif bersama Hamzah di bawah adalah Shift+Y. Dan untuk Alif bersama Hamzah di atas adalah Shift+H.

Dalam tulisan jawi perkara ini belum diterapkan. Diharapkan ia juga turut menerapkan kaedah ini. Bukan tujuannya untuk melemahkan orang dalam membaca tulisan jawi, tetapi untuk menyelaraskan dengan penulisan dalam bahasa Arab. Ia juga tidak sukar dan akan menjadikan tulisan itu lebih menarik.

No comments:

Post a Comment