Pages

Pages

Wednesday, November 10, 2010

Tulisan Titik pada Ya'

Pada zaman dulu, dalam penulisan Arab lama dan tulisan zaman ini tetapi bukan dalam bidang akademik termasuk tulisan dalam al-Quran rasm Uthmani Ya' ditulis dengan tanpa titik dibawahnya. Tetapi pada zaman ini, terutamanya dalam bidang akademik huruf Ya ditekankan supaya diletakkan titik di bawahnya untuk membezakan antara Ya' dan Alif Maqshurah 'ى'.  Kini, perkara ini sudah menjadi suatu kemestian.

Jadi adalah salah jika ditulis: البخارى untuk Imam al-Bukhari atau يشترى untuk membeli. Sepatut adalah البخاري dan يشتري.

Untuk mengetahui bahawa huruf itu adalah Alif Maqshurah atau Ya cubalah bunyikannya.

No comments:

Post a Comment