Pages

Pages

Format

Selain bahasa dan isi kandungan yang jelas, idea yang tersusun dan hujjah atau pembuktian yang kuat, format penulisan juga memainkan peranan penting dalam sesuatu penulisan ilmiah. Bukan hanya untuk orang yang terlibat dalam bidang akademik sahaja, malah bagi orang yang tidak terlibat dalam bidang akademik juga sepatutnya mengikuti format penulisan ilmiah dalam penulisan buka fiction mereka.

Ini kerana tujuan cara penulisan ilmiah diwujudkan adalah agar sesuatu penulisan itu benar-benar berwibawa dan boleh dipercayai. Apabila sesuatu penulisan itu tidak ditulis dengan cara yang jelas dan tersusun sama ada dari sudut bahasa dan ideanya bagaimana ia boleh difahami atau dapat memberi manfaat kepada orang lain. Dan apabila ia tidak ditulis dengan cara berformat tertentu bagaimana orang boleh merujuk kepada sumber-sumbernya atau memperkembangkan ideanya. Malah kemungkinan ada kesilapan yang boleh diperbetulkan dan jika ada orang menganggap ideanya adalah hasil ciplak dari idea orang lain jika terdapat persamaan antara ideanya dengan idea orang lain maka perkara itu ada dapat dijelaskan.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru. Malah dalam dunia Islam, ianya telah diamalkan sejak zaman dahulu oleh ulama-ulamanya. Cuma terdapat perbezaan pada caranya. Untuk maklumat lanjut tentang cara penulisan ilmiah, terdapat banyak laman web dalam pelbagai bahasa tentangnya.

Berbalik kepada format penulisan untuk penulisan Berbahasa Arab. Isu ini dibangkitkan kerana terdapat ramai orang menghadapi masalah apabila berhadapan dengan penulisan ilmiah dalam Bahasa Arab. Di sini akan dicadangkan suatu format untuk diikut.

Tetapi sebelum itu, perlu diketahui sebenarnya terdapat banyak perbezaan di antara format penulisan berbahasa Arab dan penulisan dalam bahasa-bahasa lain, terutamanya dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana bagi penulis-penulis Arab, mereka tidak mempunyai suatu standard khas dalam penulisan mereka. (kerana mungkin apa yang penting bagi mereka adalah ketepatan maklumat dan dapat difahami). Perkara ini menjadi masalah kepada mereka yang terlibat dalam penulisan Ilmiah dalam bahasa mereka. Kerana mereka mendapati format-format yang berbeza-berbeza dalam setiap penulisan penulis-penulis  Arab itu. Apabila format Barat pula mahu digunakan terdapat ketidakselesaan dalam membacanya.

Buat masa ini format penulisan Ilmiah Bahasa Arab menggunakan format penulisan ilmiah Barat. Walaupun sepatutnya ia perlu berlainan. Kerana setiap format perlu dirangka dengan tujuan. Antara tujuann-tujuanya adalah memudahkan mata untuk memandang dan akal untuk memahami. Tetapi apabila sesuatu format boleh menyebabkan mata dan akal menjadi suntuk ketika membacanya maka format lain perlu difikirkan untuk digunakan. Antara contoh format penulisan bahasa Arab yang tidak sesuai diikutkan dengan format Barat adalah pada penulisan italic yang mecondongkan tulisan ke kanan, ia adalah cantik dalam tulisan Latin tetapi tidak pada tulisan Arab.

Maka untuk memudahkan, secara ringkasnya sekali lagi format penulisan Ilmiah Bahasa Arab dicadangkan agar mengikut berikut:

i.                    Jenis font untuk teks matan adalah Traditional Arabic dengan saiz 18.
ii.                  Jenis font untuk teks footnote adalah Traditional Arabic dengan saiz 14.
iii.                Menggunakan Microsoft Word – Single spacing. (Auto spacing untuk setiap perenggan baru)
iv.                Menggunakan ‘footnote’
v.                  Tiada space sebelum koma ‘,’ dan titik bertindih ‘:’,
vi.                Tiada space dalam tanda pembuka dan penutup kata ‘” “’, kurungan ‘( )’ dan kurungan ayat-ayat al-Quran ‘ ‘.
vii.              Kurungan untuk hadis Nabi s.a.w adalah symbol ‘«»’.
viii.            Subtitle hanya perlu diboldkan tanpa digariskan.
ix.                Susunan sumber rujukan adalah seperti berikut:

ابن حجر، أحمد بن علي بن محمد العسقلاني، أبو الفضل، التلخيص الحبير في تخريج أحاديث الرافعي الكبير، تحقيق: عادل الموجود وعلي محمد معوض، (بيروت: دار الكتب العلمية، ط1، 1428هـ/1998م)، ج3، ص82.

Keterangan format:

Pertama: Nama masyhur iaitu jika pengarang buku mempunyai suatu nama masyhur. Jika tidak, maka ditulis nama penuhnya. Mengikut format barat didahulukan nama akhirnya, tetapi ia akan lebih mengelirukan bagi nama orang Islam.

Bagi pengarang organisasi dan lebih dari satu akan diterangkan akan datang.

Kedua: Nama penuh.

Ketiga: Nama kitab. Diboldkan. Tidak diitalickan. Kerana apabila diitalickan ia agak mengelirukan. Contohnya:

ابن حجر، أحمد بن علي بن محمد العسقلاني، التلخيص الحبير في تخريج أحاديث الرافعي الكبير، تحقيق: عادل الموجود وعلي محمد معوض، (بيروت: دار الكتب العلمية، ط1، 1998م)، ج3، ص82.

Keempat: Nama tempat terbitan, nama penerbit, bilangan cetakan dan tahun cetakan disusun dalam kurungan untuk mudah dilihat.

Seterusnya nombor jilid dan halaman buku.

Tentang perincian lain insyaAllah akan diterangkan akan datang atau boleh diikut format Barat jika mahu. Ini hanyalah cadangan bagi perkara-perkara yang asas.